RANAU: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diminta memberi penjelasan mengenai “pemeriksaan pengesahan dan pengesahan ke atas NAFAS dibawah Seksyen 24A Akta Pertubuhan Peladang (PP) 1973”.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu Datuk Hj Jaimin Samitah berkata, beliau difahamkan Ketua Pengarah LPP yang juga Pendaftar PP telah mengarahkan pegawainya untuk membuat pemeriksaan tersebut pada awal Nomber 2019.
Katanya, pemeriksaan itu melibatkan 3 aspek iaitu “Penjawatan dan Skim Personel NAFAS”, “Pengagihan Bantuan Zakat oleh NAFAS” dan “Perbelanjaan Kumpulan Wang NAFAS”.
Menurutnya, Pendaftar PP juga memaklumkan mengenai pemeriksaan itu kepada Pengerusi NAFAS dalam surat rasminya kepada Pengurus Besar (GM) NAFAS.
Beliau berkata, pemeriksaan itu sepatutnya dijalankan selama 5 hari bermula 11 hingga 15 November 2019 dan pihak NAFAS juga telah diminta menyediakan 3 perkara berkaitan, iaitu:
i. Ruang kerja bagi membuat pengesahan dan pengesahan.
ii. Dokumen-dokumen dan fail-fail berkaitan dan
iii. Pegawai NAFAS yang ditugaskan membantu urusan berlaitan.
“Saya difahamkan Pegawai LPP telah ke pejabat NAFAS pada tarikh yang telah ditetapkan, bagaimanapun mereka telah diminta oleh GM NAFAS untuk datang semula seminggu kemudian.
“Malangnya pada tarikh yang ditetapkan, pegawai LPP gagal bertemu dengan GM NAFAS dan dimaklumkan beliau tidak ke pejabat”, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jaimin berkata, GM NAFAS seakan -akan cuba mengelak dan enggan berkerja sama dengan Pegawai LPP yang akan menjalankan pemeriksaan itu.
Menurutnya, kegagalan Pegawai LPP untuk bertemu dengan GM NAFAS turut menimbulkan tanda tanya dikalangan orang awam yang berurusan di ibu pejabat NAFAS.
“Saya juga difahamkan sehingga hari ini Pegawai LPP masih gagal membuat tugasan itu kerana GM cuba mengelak untuk berjumpa dengan pegawai LPP”, tegasnya.
Beliau bertanya, sama ada tindakan GM NAFAS mengelak berjumpa dan memberi kerjasama dengan Pegawai LPP, disebabkan ada perkara yang cuba disorok oleh pengurusan NAFAS?
“Sama ada ini disebabkan berlakunya salah tadbir oleh GM NAFAS, yang juga ahli dan penyokong kuat Parti Amanah Nasional (AMANAH)”, tegasnya.
Serentak itu katanya, ahli-ahli peladang mahu Menteri MOA dan Pengerusi NAFAS memberi penjelasan berhubung isu pemeriksaan oleh Pendaftar PP keatas NAFAS.-pr/BNN