KEDAH: Ahli Jemaah Pengarah (AJP) lama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) tidak dibenarkan bertandingan jawatan itu pada pemilihan jawatan itu tahun ini.
AJP Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Datuk Abd Lateh Haji Mohd Saman ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa AJP lama tidak boleh bertanding AJP Nafas tahun ini.
Katanya, persoalannya ialah kenapa baru sekarang ditimbulkan perkara itu, memandangkan kebanyakan mereka terdiri daripada Pengerusi PPK dan AJP PPN.
“Kenapa mereka ini tidak ditegah daripda bertanding diperingkat awal lagi?
“Sedangkan mereka (AJP lama Nafas) telah melepas jawatan dengan sukarela bagi memudahkan pihak yang berkenaan menjalankan siasatan. Sekarang sudah hampir dua tahun berlalu, tiada pendakwaan dilakukan jika benar berlaku sebarang penyelewengan”, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abd Lateh menarik perhatian, sebaliknya apa yang berlalu ialah perlantikan AJP Nafas oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melebihi AJP yang dipilih melalui MAT.
Katanya, perkara ini yang menimbulkan rasa kurang senang dari kalangan ahli peladang seluruh negara.
“Yang nyata rata-rata Mesyuarat Agong PPN telah menolak pewartaan yang dibuat oleh Menteri MOA.
“Ini menampakkan ahli-ahli peladang secara langsung menolak AJP yang dilantik oleh Menteri”, tambahnya.
Menurutnya, motif tidak membenarkan AJP lama bertanding pada MAT Nafas adalah semata-mata untuk memboleh AJP lantikan Menteri menang dalam pemilihan.
Abd Lateh menegaskan, LPP/PENDAFTAR PP sepatutnya mengeluarkan surat dari awal lagi mengenai sesiapa yang tidak boleh bertanding dalam MAT.
“Maka pencalonan peringkat PPN akan mencalonkan orang lain. Apa yang berlaku sekarang semata-mata adalah usaha memperbodohkan ahli-ahli peladang dan pemegang Saham.
“Tindakan ini secara tidak langsung akan menimbulkan kemarahan ahli-ahli peladang kepada Kerajaan. Mainan ini akan berlanjutan sekiranya tidak dibendung pada peringkat awal oleh YAB PERDANA MENTERI jelasnya.
Beliau berkata, banyak persoalan yang telah ditimbulkan oleh ahli-ahli peladang juga tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati mereka.
Abd. Lateh mendakwa, antaranya ialah mengenai penggunaan wang Nafas sewenang-wenangnya oleh pengurusan pertubuhan itu.
Katanya, AJP lantilan Menteri MOA juga telah melantik pegawai baru dan membayar gaji mereka sewenang-wenangnya.
Disamping isu menjual aset Nafas tanpa mandat MAT, mencairkan simpan tetap, mengadakan program dengan membelakangkan PPN dan PPK, menyewaan sebanyak 38 buah bilik yang telah dibangkitkan oleh Ramai ahli Parlimen di parlimen, dakwaan merasuah perwakilan dan sebagainya.
Serentak itu beliau mendapati Nafas sendiri telah lari dari matlamat penubuhannya yang sebenar.
Menurutnya, Nafas adalah satu badan yang ditubuhkan dengan sumber kewangan dari ahli peladang. Ianya berfungsi sebagai satu badan yang mengembeling modal ahli untuk menjadi organisasi yang kukuh bagi menjaga kepentingan ahli.
Katanya, Nafas juga menjadi badan perantara diantara kerajaan dan peladang seluruh negara.
“Nafas diletakkan dibawah selian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selain bagi memantau dan menguatkuasa peraturan, pewartaan dan perlembagaan yang menjadi garis panduan kepada PP. Inilah kitab rujukkan dan menjadi garis panduan semua pihak”.
“LPP perlu memantau supaya perjalanan Nafas dan PP mengikut garis panduan ini. Walaupun terdapat dalam peraturan bahawa Menteri mempunyai kuasa pemutus, jika berlaku pertelagahan yang tidak dapat diputuskan oleh LPP.
“Sebalilnya bukan Menteri boleh melangkaui peraturan yang telah dibuat. Menteri juga tertakluk pada peraturan sedia ada dan undang undang Negara. Suka saya bagi peringatan kepada Menteri, Ksu Kementerian, Kp Lpp dan pemimpin tertentu masa berkuasa yalah lambat sikit tindakan di ambil tapi jangan lupa kuasa bukan ikut pada kita sepanjang masa. Bila masa tidak pegang jawatan jika kita ada buat kesilapan tindakan undang undang akan datang menemui kita balik. Banyak contoh kita boleh ambil panduan dan pengajaran.
“Di dalam negara semua orang perlu meletakkan diri mereka dibawah undang-undang. Siapa juga yang melakukan kesalahan seharusnya tidak terlepas dari undang-undang”, tegasnya.-pr/BNN