KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan Sabah China (SCCC) telah menyerahkan sumbangan sebanyak 500 keping kopeng muka (face mask) dan hand sanitizer kepada Persatuan Sukarelawan Kanser & Kemasyarakatan Sipitang (PSKKS) di perkarangan pejabatnya di Kolombong, Kota Kinabalu.

Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden SCCC, Datuk Frankie Liew kepada Pengerusi PSKKS, Puan Helen Morris dengan disaksikan oleh Penasihat Kehormat ( Honorable Adviser) SCCC, Datuk Harry Teo dan beberapa orang ahli jawatankuasa kedua-dua pertubuhan itu.

Frankie Liew berharap dengan sumbangan topeng muka itu dapat membantu ahli-ahli PSKKS yang terdiri daripada para pesakit kanser dan sukarelawan untuk kegunaan mereka semasa menjalani rawatan di hospital.

Katanya, pemakaian topeng muka merupakan sesuatu yang wajib bagi mengelak penularan wabak COVID-19 terutama mereka yang ada gejala pernafasan.

Sementara itu Helen merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Frankie dan SCCC kerana sudi membantu persatuan itu.

Katanya, PSKKS merupakan NGO’s kebajikan yang bergiat aktif di kawasan pedalaman membantu para pesakit kanser.

“PSKKS juga memberi penerangan dan pendidikan penjagaan kesihatan kepada masyarakat selain sebagai kumpulan sokongan membantu pesakit dan keluarga mereka”, tegasnya.-pr/BNN

SUMBANGAN…Kelihatan dalam gambar; Frankie (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan itu kepada Helen (empat dari kanan) di majlis itu.