30.8 C
Kota Kinabalu, MY
Thursday, 30 Apr 2026
Home Blog Page 46
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang,Datuk Ewon Benedick menggesa Kerajaan Persekutuan supaya memansuhkan pengwujudan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Persekutuan di Sabah kerana negeri itu sudah mempunyai Enakmen Pentadbiran JKKK sendiri. Beliau berkata, langkah tersebut penting bagi menghormati perundangan Negeri Sabah sebagai sebahagian daripada agenda reform nasional. “Penampang menyokong penuh agenda-agenda reform nasional seperti penyasaran semula subsidi-subsidi Kerajaan, pindaan perlembagaan bagi...
KENINGAU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera susulan laporan media berhubung kewujudan parit tidak bertutup di kawasan Pejabat Pos Keningau yang dikhuatiri mengancam keselamatan orang awam. Pengerusinya, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, berkata pihaknya memandang serius pendedahan oleh akhbar The Borneo Post kerana lokasi terbabit merupakan laluan utama yang digunakan orang ramai setiap...
KUALA LUMPUR: Kewujudan semula potfolio yang bertanggungjawab secara khusus mengenai hal ehwal Sabah dan Sarawak rentetan rombakan kabinet Madani tempoh hari amat dinantikan terutama melibatkan isu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya berharap Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang kini dipimpin oleh tokoh berasal dari Sabah mampu memberikan impak...
KUALA LUMPUR: Pihak Persekutuan di minta memperhalusi pengagihan hasil petroleum negara selaras Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA1974) seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ahli Parlimen Tenom; Riduan Rubin berkata, Sabah kini menerima lima peratusroyalti daripada hasil petroleum, di bawah peruntukan PDA1974, namun, jumlah berkenaan tidak mencerminkan sumbangan besar negeri itu dalam sektor minyak dan gas. "Jumlah ini tidak...
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick mencadangkan supaya dokumen-dokumen utama pembentukan negara seperti Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee, IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan naskhah buku wajib di semua perpustakaan sekolah di seluruh negara. Beliau berkata, cadangan itu selari dengan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat kembali kepada niat...
KENINGAU: Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang menegaskan kepentingan sokongan padu rakyat serta peranan masyarakat sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri dalam merealisasikan agenda pembangunan Sabah secara menyeluruh. Beliau berkata, kepimpinan Ketua Menteri (KM) yang konsisten, inklusif dan berpaksikan...
KENINGAU: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Persatuan Hakka Keningau menziarahi beberapa ahli warga emas berusia 90 tahun ke atas sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan generasi terdahulu kepada komuniti setempat. Lawatan berkenaan diketuai Presidennya, Kapitan Anthony Chong, bersama barisan kepimpinan persatuan, dengan menyantuni warga emas secara peribadi di kediaman masing-masing serta menyampaikan sampul angpau dan hadiah perayaan. Anthony berkata, program...
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Anugerah Sukan Negeri Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Isnin. Kunjungan itu diketuai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan yang turut menyampaikan jemputan rasmi serta memberi taklimat kepada Ketua Menteri...
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, H.E. Syed Ahsan Raza Shah, di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri, Teluk Likas, di sini, Jumaat lalu. Dalam pertemuan itu, Haji Kadzim merakamkan penghargaan atas kesediaan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan untuk mengadakan kunjungan hormat ke DUN...
CAIRO: The Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, and his wife, Toh Puan Faridah Haji Tussin, arrived safely in Cairo late Saturday for a four-day official visit. The visit is held in conjunction with the Mahabbah Gathering with Sabah students in Egypt, involving almost 350 students, as well as the officiation of Dewan Al-Imam...