KENINGAU: Seramai 19 anggota baharu dilantik menganggotai Majlis Daerah Keningau (MDK) bagi sesi 2026–2027, termasuk tiga wanita serta beberapa tokoh masyarakat dan profesional berpengalaman.
Antara yang dilantik ialah Pengurus AMG Academy, Faridah Muri, bekas Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Zulkifli Nasir @ Gimson Stanley dan bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan, Frederick Philip @ Fred Toyong.
Barisan baharu itu turut merangkumi wakil pelbagai latar belakang termasuk profesional, pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), kemahiran (SKM), pentadbiran serta pembangunan komuniti.
Kesemua 19 anggota berkenaan ialah Ir Ts Derek Chua Ming Xuan, Rusnin Rasiman, Zachary Kinsik, Upilin @ Abd Samad Abd Rahman, Michael Ng Hung Kee, Casmir Silip, Frederick Philip @ Fred Toyong, Sahanip Jamil, Lawerinis Albert, Jaadul Amien Jasri, Zulkifli Nasir @ Gimson Stanley, Aldrin @ Christian Nelson Joe Abin, Faridah Muri, Teo Guan Leck, Ricky Ng Nai Chiau, Andrew Charles, Anggelin Marau, Salzielah Suhaideh dan Sakim Brahim.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, berkata kementeriannya akan meneliti cadangan mengkaji semula kadar elaun pengerusi dan anggota majlis daerah di seluruh negeri.
Beliau berkata, perkara itu akan diperhalusi bagi memastikan peranan dan tanggungjawab anggota pihak berkuasa tempatan mendapat pengiktirafan sewajarnya, selaras dengan cabaran serta beban tugas dalam melaksanakan agenda pembangunan di peringkat daerah.
Pelantikan berkenaan diharap dapat memperkukuh pentadbiran tempatan menerusi penyertaan individu daripada pelbagai latar belakang, sekali gus memperluas perspektif dan pengalaman dalam merancang pembangunan Keningau.
Majlis itu turut dihadiri Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Maijol Mahap; Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan; Pembantu Menteri Kewangan merangkap ADUN Bingkor, Dato’ Sr Mohd Ishak Ayub serta beberapa pemimpin negeri dan daerah.
Antara yang hadir ialah Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Jordan Jude Ellron; ADUN Liawan, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi dan Pegawai Daerah Keningau, Norsih Nusuri.
MDK sesi 2026–2027 diharapkan dapat mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti Keningau secara lebih berkesan, inklusif dan berdaya saing.-pr/BNN





