KENINGAU: Dua atlet muda dari Liawan bakal mengharumkan nama Sabah apabila terpilih menyertai Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 1/2025 di Terengganu, 15 hingga 21 Julai ini.
Adik Feldyen dan adik Fernanda Ordvellalyn akan bertanding dalam acara Boling Padang, mewakili negeri dalam kejohanan berprestij itu.
Sebagai tanda sokongan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman menyampaikan sumbangan galakan melalui Pembantu Operasi UPPM Liawan, Mohamad Raihan Jinode, kepada bapa mereka, Fledius Jim.
“Annuar sentiasa prihatin terhadap pembangunan bakat muda dan percaya kejayaan anak muda adalah cerminan kecemerlangan masyarakat,” kata Raihan.
Sumbangan itu juga sebahagian usaha berterusan ADUN Liawan memupuk penyertaan belia dalam sukan dan aktiviti sihat.-pr/BNN