Yahya menyampaikan APC kepada pegawai dan kakitangan MAFI

0
232
Yahya (bersongkok) bersama Ahmad (duduk dua dari kiri), K.Zulkifli (duduk dua dari kanan) dan Mohd.Izham (duduk,kiri) bergambar pemerima APC 2016 dan Anugerah Khas SUT di majlis itu.
Yahya (bersongkok) bersama Ahmad (duduk dua dari kiri), K.Zulkifli (duduk dua dari kanan) dan Mohd.Izham (duduk,kiri) bergambar pemerima APC 2016 dan Anugerah Khas SUT di majlis itu.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 kepada seramai 27 penerima terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri (MAFI) di bilik mesyuarat utama Wisma Pertanian Sabah, baru baru ini.

Sementara 3 lagi menerima Anugerah Khas Setiausaha Tetap (SUT), kategori yang baru diwujudkan.

Tiga penerima APC 2016 terdiri daripada Encik Sukari @ Mohd. Syukri Jali bagi bahagian pengurusan, Puan Batress Okong (bahagian sokongan 1) dan Encik Millolis Jonioh (bahagian sokongan II).

Tiga penerima anugerah khas SUT yang telah disampaikan oleh SUT Kementerian, Encik Ahmad Awang Hashim terdiri daripada Encik Mohammed Suzalie Sulaiman (Bahagian Pengurusan) dan Puan Lucy O.Martin serta Encik Saimi Mudin (bahagian sokongan II).

24 lagi menerima sijil penghargaan. Ahmad turut menyampaikan sijil penghargaan dan cendera kenangan kepada mantan penolong akauntan MAFI, Encik Mohd.Izham Haji Johran yang telah berhenti daripada perkhidmatan awam.

Dalam ucapannya Ahmad berkata, majlis APC diadakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan MAFI yang telah melaksanakan tugasan dan arahan dengan berkesan dan cemerlang sepanjang tahun 2016.

“Kerajaan Negeri sesungguhnya mengiktiraf sumbangan dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh pegawai dan kakitangan dengan pemberian sumbangan dan sijil kepada mereka yang berkenaan.

“Langkah ini diharap dapat memberikan motivasi kepada kakitangan perkhidmatan awam untuk berkhidmatan dengan lebih gigih lagi”, tegasnya.

Beliau berharap anggota MAFI terus berkhidmat dengan cemerlang agar dapat meningkatkan prestasi kerja dan juga imej perkhidmatan awam secara keseluruhan. Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap MAFI, K.Zulkifli Harrith.-CE/BNN