Yahya serah sumbangan moreh untuk Ramadhan

0
242
Yahya menyerahkan sumbangan moreh kepada pengerusi masjid dan surau daerah Putatan di majlis itu.
Yahya menyerahkan sumbangan moreh kepada pengerusi masjid dan surau daerah Putatan di majlis itu.

PUTATAN: Sebanyak 27 masjid dan surau daerah Putatan telah menerima sumbangan moreh untuk bulan Ramadhan daripada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas.

Majlis penyerahan sumbangan itu telah diadakan di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Putatan yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah, Haji Ag Abd.Ghani Pg.Yusoff dan Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail.

Dalam ucapannya, Yahya mengingatkan pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid dan surau dalam daerah Putatan agar mentadbir dan mengurus masjid dan surau sebaik mungkin.

“Kerjasama yang jitu perlu dipupuk diantara ahli jawatankuasa masjid dan surau dengan jemaat demi mengimarahkan masjid”, tegasnya.

Beliau juga mengingatkan umat Islam agar bersederhana dalam berbelanja terutama dalam bulan Ramadhan.

Menurutnya, kesedaran umat Islam tentang pentingnya bersedekah semakin melonjak terutamanya dalam bulan Ramadhan.

Sementara itu, Yahya turut menyerahankan dua set komputer dan buku bacaan untuk Perpustakaan Kem Lok Kawi kepada  Pegawai Pendidikan Markas 5 Briged, Mejar Nornie Fathma Ab.Rahman.-CE/BNN