Taklimat untuk ADUN

0
174

CENDERAMATA…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (bersongkok) menerima cenderamata daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Borneo Highway PDP Sdn.Bhd (BHP) , Pr.Shahelmey Yahya selepas Majlis Taklimat Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Highway Fasa I di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Putatan, baru baru ini.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir.Edward Yong (kanan), Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mogigoh (dua dari kanan), Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag Abd.Ghani Pg.Yusof  (kiri) dan ketua-ketua jabatan serta agensi di daerah Putatan.

Ir.Shahelmey telah memberi taklimat berhubung progress dan jajaran lebuhraya itu yang akan melalui kawasan Putatan.

Menurut Shahelmey taklimat itu bertujuan untuk memaklumkan kepada wakil-walil rakyat dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di Putatan berhubung pelaksanaan projek lebuhraya itu dan berharap mereka akan memberi kerjasama dan juga penerangan kepada penduduk kampung yang tanah mereka terlibat dalam projek itu.

Syarikat Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. (BHP) telah dilantik sebagai “Projek Delevery Partner” (PDP) untuk pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan bertindak sebagai “single point of accountability” yang akan bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelia pembangunan fasa pertama lebuhraya dengan kadar kos yang berpatutan pada tempoh pembinaan yang dipersetujui oleh Kerajaan iaitu siap sepenuhnya sebelum tahun 2021.

Sepanjang tempoh perlaksanaan projek lebuhraya ini, PDP akan bertanggungjawab melaksanakan projek ini berdasarkan Key Performance Indicator (KPI) yang telah dipersetujui.

Pakej pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah melibatkan jajaran Papar-Donggongon sepanjang 11.7 kilometer yang merupakan sebahagian daripada 706 kilometer jajaran Pan Borneo Sabah Fasa 1 yang kebanyakannya akan dinaiktaraf kepada empat lorong dua hala (dual carriageway) dengan piawaian R5.-CE/BNN