MATI MENGEJUT-MANGSA DIPERCAYAI TERJUN DARI SKY HOTEL.

0
178

(03/07/) jam lebih kurang 0245 hrs,  pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada dari MERS 999 memaklumkan bahawa ada seorang lelaki telah terjatuh dari tingkat 12 ke  tingkat 5 Sky Hotel.

Siasatan lanjut di tempat kejadiaan mendapati  mangsa merupakan warga India dipercayai telah terjun dari tingkat 12, bilik No.1026 dan jatuh ke tingkat 5 hotel berkenaan.

Nama : Hitesh Oswal(L) 25Thn, P.Port.L7110659 Bangsa/Warga India, Kerja:Pelancung.

Alt: 120 Nemi Nagar Extnsion Vaishali Nagar Jaipur Pin:302921,Rajasthan,India.

Mangsa telah datang melancung ke Sabah bersama keluarga angkat tiga hari yang lalu dan menyewa di Sky Hotel.

Mangsa yang menginap di hotel tersebut dipercayai telah di ruang membuka pintu tingkap dan terjun dari tingkat 12 dan jatuh di tingkat 5 hotel berkenaan.

Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dan lokasi kejadian oleh pegawai penyiasat mendapati tidak terkesan sebarang unsur jenayah di dalam kejadian ini. 

Mayat si mati telah dibawa Hospital Queen Elizabeth 1,Kota Kinabalu untuk post mortem 

Kedutaan India juga telah dimaklumkan berkenaan kejadian ini untuk urusan selanjutnya.

Mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi dengan keluarganya di India dan berada dalam kemurungan sebelum mengambil tindakan untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 Sky Hotel.