Team bowling UMNO Sabah juara Gaya Challenge

0
182

 

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (tengah) menerima piala iringan Kejohanan Ten Pin Bowling Gaya Challenge  Trophy Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya daripada pengurus pasukan bowling UMNO Negeri Sabah, Encik Azami Inal sambil disaksikan oleh Setiausaha Politik Yahya, Encik Ishar Ramli di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, baru baru ini.

Pasukan Bowling UMNO Sabah yang diwakili oleh Ag Sharil, Ali K dan Norazah Ibrahim memenangi kejohanan itu bagi kategori terbuka yang diadakan pada 8 September 2017 yang lalu.

Yahya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merupakan bapa angkat Pasukan Bowling UMNO Sabah.-pr/BNN