Yahya bantu kelab Ragbi Putatan Scorpionz

0
43

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (bersongkok) menyerahkan sumbangan bagi membantu pasukan Kelab Ragbi Putatan Scorpionz yang akan menyertai Kejohanan Karnival Ragbi Labuan 2017 kali ke 17 di Labuan pada 23-24 September 2017.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas menyerahkan sumbangan itu kepada Setiausaha Kelab Ragbi Putatan, Syahrul Baizul Bahrin di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

Menurut Syahrul, kejohanan itu merupakan penyertaan kali ke 4 oleh Kelab Ragbi Putatan, selain sebagai pendedahan kepada pemain-pemain kelab itu bagi menghadapi kejohanan lebih besar.

“Seramai 20 orang pemain dan jurulatih kelab itu akan menyertai kejohanan itu. Ini adalah titik permulaan untuk memperkenalkan Putatan sebagai daerah yang menghasilkan pemain-pemain ragbi untuk negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya”, jelasnya.

Turut hadir ialah Bendahari kelab, Pg.Mohd.Shukrie Syazwi dan ahli jawatankuasa, Mohd.Zakaria Tawasil (kiri).-pr/BNN