Yahya lancarkan logo dan nama Surau PPR Sri Keramat

0
50
Yahya (enam dari kanan) bergambar bersama jemputan dan warga perumahan Sri Keramat Ketiau yang menghadiri majlis itu.
Yahya (tengah) menandatangani plak

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menandatangani plak sebagai tanda melancarkan logo dan nama Surau Sri Keramat di perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat, Ketiau Putatan dekat sini.

Majlis pelancaran itu diadakan sempena Majlis Kenduri Setaman yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa penaja surau perumahan itu.

Majlis Kenduri Setaman itu diadakan bagi mewujudkan perpaduan dikalangan warga PPR Sri Keramat disamping tanda terima kasih atas jasa Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri turut menulaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama warga perumahan itu.

Yahya (enam dari kanan) bergambar bersama jemputan dan warga perumahan Sri Keramat Ketiau yang menghadiri majlis itu.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Putatan, Haji Zainudin Awang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putatan, Ir.Shahelmey Yahya, Pengerusi Surau, Imam Haji Mohd.Saiful Maki.-pr/BNN