20 rumah rosak akibat angin kencang

0
504
Jelani menyerahkan bantuan papan playwood kepada Inai Sinorizan semasa melawat ibu tunggal itu.

MATUNGGONG: Kira-kira 20 buah rumah mengalami kerosakan dalam kawasan Matunggong akibat tiupan angin kencang dan ribut sejak beberapa hari lepas, kata Ahli Dewan Undangan Negerinya, Dato’ Jelani Hamdan.

Beliau yang melawat rumah-rumah mangsa angin kencang termasuk di Kampung Rondomon telah menyampaikan bantuan berupa zink dan bahan binaan bagi membantu meringankan beban mereka.

“Selain menyampaikan bantuan zink  kepada 4 keluarga mangsa ribut dan angin kencang @0di Kampung Rondomon, saya juga sempat melawat dan menyerahkan bantuan zink, Plywood dan bahan-bahan binaan lain untuk pembinaan rumah kepada warga emas dan balu  iaitu Inai Sinorizan .

Inai Sinorizan bersama bantuan zink yang diberikan oleh Jelani

“Dengan sumbangan itu, InshaAllah cukup untuk membina rumah beliau kerana sebelum ini penduduk kampung telah pun mendermakan kayu beruti, papan dan lain-lain untuk Inai”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Jelani, Team SAMOD SAMORA dan penduduk kampung akan mengadakan gotong royong untuk menyiapkan rumah Inai Sinurizan pada hari Sabtu ini.

Selain Inai Sinorizan, beliau juga sempat melawat warga emas dan uzur di Kampung Rondomon dan menyampaikan bantuan zink kepada 3 lagi mangsa ribut di kampung tersebut.

Jelani menyampaikan bantuan zink kepada seorang mangsa ribut di Kampung Rondomon, Matunggong.

Selain 4 buah rumah di Kg Rondomon, beliau juga membantu bahan-bahan binaan seperti atap zink dan lain-lain di Kampung Tuhau, Kampung Angkob, Kampung Merbau, Kampung Sikuati dan Kampung Bonsiku.

Jelani meminta mangsa-mangsa ribut agar bersabar menghadapi bencana alam itu.-pr/BNN