GCH Retail dan Life Water taja Walk-Wheelathon 2017

0
57

TAJAAN…GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd-Pasaraya Besar Giant dan Life Water Industries Sdn Bhd telah menyerahkan tajaan mereka kepada Ketua Penyelaras Walk-Wheelathon 2017, Joeanne Lee (ketiga dari kiri) bagi menyokong program kesedaran inklusiviti anjuran Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) yang akan diadakan pada 28 Oktober 2017 di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Pasaraya Besar Giant yang diwakili oleh Puan Annie ( dua dari kiri) telah menyampaikan tajaan RM5,000.00 manakala Life Water Industries Sdn Bhd yang diwakili oleh Puan Quinnis (dua dari kanan) dan Encik Norman (kanan) menyampaikan tajaan minuman isotonik jenama Tritonic dan air minuman K2.

Kelihatan Joeanne Lee (ketiga dari kiri) bersama Pengerusi Pelaksana Walk-Wheelathon 2017, Jacqueline Lingham (keempat dari kiri) dan Timbalan Pengerusi Pelaksana Walk-Wheelathon 2017, Fariz A Rani (kiri) yang juga Pengerusi Persatuan Kerusi Roda Sabah (PERODA)  di majlis penyerahan tajaan itu yang diadakan di bangunan MPMS, Kota Kinabalu.-pr/BNN