Bajet bersejarah dan berimpak besar, bukti pengiktirafan k’jaan kepada wanita: Mizma

0
45
Mizma (tiga dari kiri) bersama Dg.Khatijah melawat gerai usahawanita
Mizma berucap di majlis itu.

LAHAD DATU: Bajet 2018 yang dibentangkan pada Jumaat memberi impak besar kepada wanita apabila Perdana Menteri mengumumkan suatu pakej terbaik dan luar biasa untuk golongan berkenaan.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Mizma Appedullah, berkata bajet berkenaan mengambil pendekatan proaktif untuk membolehkan golongan wanita turut sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Beliau menyifatkan Bajet 2018 sebagai bersejarah kerana memberi pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan golongan wanita, sehinggakan tahun hadapan diumum sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

“Belanjawan ini dirangka dengan sebegitu rapi oleh Perdana Menteri bagi mengiktiraf wanita sebagai tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara,” katanya ketika kepada wartawan di sini hari ini.

Mizma menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta program itu.

Sambil mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas pembentangan bajet yang turut berfokus kepada golongan wanita, Mizma berkata pendekatan serta teras yang diberi penekanan itu memperlihatkan komitmen serta kesungguhan kerajaan.

Kataya, dengan pelbagai galakan menerusi Bajet 2018, sudah tentu golongan wanita akan dapat bersama-sama dalam arus pembangunan negara, baik dalam aspek kepimpinan politik mahupu bidang ekonomi.

Mizma menyampaikan cenderamata kepada Datuk Dg.Khatijah di majlis itu.

Ketika membentangkan bajet itu, Najib berkata antara langkah yang akan dilaksana termasuk mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.

Selain itu, beliau mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari, seperti dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.

Perdana Menteri turut mengumumkan RM20 juta  untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme di bawah Akademi Inovasi Wanita (MyWIN Academy).

Mizma (tiga dari kiri) bersama Dg.Khatijah melawat gerai usahawanita

Mizma berkata peluang dan insentif yang disediakan kerajaan menerusi Bajet 2018 itu membuka peluang secara luar biasa kepada golongan wanita di negara ini untuk mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan keusahawanan.

“Tidak syak lagi bajet ini bukti kerajaan amat serius serta memahami kehendak rakyat terutama wanita dan pada masa sama mahu mengekalkan daya saing Malaysia dalam bidang pelaburan domestik dan antarabangsa.

“Ia menyediakan suasana kondusif bagi wanita untuk bersaing di pentas lebih besar dan inilah sebenarnya hasil daripada perjuangan pemimpn-pemimpin wanita dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) selama ini,” katanya.

Sebahagian daripada usahawanita yang menghadiri program itu.

Beliau optimis bahawa dana RM20 juta yang disediakan menrusi MyWIN Academy akan menjadi pemangkin kepada wanita dalam memperkasa pemimpin usahawan wanita ke arah menjana pertumbuhan serta nilai ekonomi dan sosial negara berlandaskan inovasi.

Dalam pada itu, Mizma menegaskan komitmen serta pendirian wanita tetap bersama-sama pimpinan parti dalam menghadapi pilihan raya uumum (PRU-14), sekali gus berjanji mengembleng tenaga dan usaha memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) kelak.

Sementara itu, Mizma berkata kaum wanita perlu berani menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Katanya, bidang keusahawanan kini menjadi pilihan wanita kerana jika diusahakan bersungguh-sungguh ia menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Beliau berkata, kaum wanita tidak terbatas hanya menceburi perniagaan kosmatik, pakaian, tudung, kraftangan, kecantikan dan lain-lain.

“Kini ramai wanita terlibat dalam perniagaan pembekalan, pembinaan, perkhidmatan sokongan, ICT, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan lain-lain kerana potensi perniagaan itu”, katanya.

Mizma berkata demikian pada majlis perasmian Seminar Pemerkasaan Usahawan Wanita di sebuah hotel di sini.

Seminar itu dianjurkan oleh Pergerakan  Wanita UMNO Bahagian Silam dan dikenalikan oleh Pengerusi IKSnita Negeri Sabah, Datuk Dg. Khatijah Datu Bactihar.

Seramai 150 usahawanita terdiri daripada pengusaha IKS, usahawan tudung, kosmetik dan lain-lain menyertai seminar itu.-pr/BNN