Menteri KPDNKK sampaikan watikah pelantikan kepada Mizma

0
245
Hamzah menyampaikan watikah perlantikan kepada Armani sambil diperhatikan oleh Jainab (tengah) di majlis itu.
Hamzah menyampaikan watikah perlantikan kepada Armani sambil diperhatikan oleh Jainab (tengah) di majlis itu.

KOTA KINABALU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Dato’ Seri Hamzah Zainuddin telah menyampaikan watikah perlantikan sebagai Penyelaras Pengguna Parlimen (PPP) KPDNKK kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Puan Mizma Appedullah sambil diperhatikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid (tiga dari kiri) pada majlis yang diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, hari ini.

Seramai 26 Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menerima watikah perlantikan sebagai PPP untuk tempoh satu tahun.

Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri, Datuk Armani Haji Mahiruddin, ketua-ketua UMNO Bahagian dan wakil-wakil rakyat.

PPP bertujuan membantu KPDNKK di dalam menangani isu-isu kepenggunaan semasa di komuniti setempat, yang boleh memberi kesan kepada kehidupan masyarakat dan juga ekonomi negara.-pr/BNN