Yahya rasmi penutupan bengkel latihan polling, counting agent

0
157
Yahya menyampaikan amanat di majlis itu.-Pix LSK

PUTATAN: Kira-kira 400 jentera pilihraya UMNO Bahagian Putatan telah menyertai bengkel sehari “Training of Trainer (TOT)” Polling & Counting Agent yang diadakan di Dewan Sri Putatan, hari ini.

Yahya menyampaikan sijil kepada pelajar yang mendapat tawaran ke MRSM di majlis itu.-Pix LSK

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan telah merasmikan penutupan bengkel itu yang disertai jentera pilihanraya UMNO Bahagian Putatan dari pelbagai portfolio termasuk Jalinan Rakyat, bahagian IT dan lain-lain.

Yahya dalam ucapannya menegaskan, bengkel itu bagi meningkatkan kemahiran dan latihan berterusan kepada anggota polling dan counting agen sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

“Jentera PRU UMNO Bahagian Putatan telah dan akan terus diberi latihan, bimbingan dan kemahiran untuk kesiapsiagaan bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam PRU nanti”, tegasnya.

Yahya menyampaikan amanat di majlis itu.-Pix LSK

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Arsit Sedi, Naib Ketua Bahagian, Encik Assan Nasib, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Puan Juliah Palasin, Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Dato’ Armizan Ali dan pemimpin serta jentera UMNO Bahagian Putatan.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas turut menyampaikan sijil kepada pelajar dari kawasan Petagas yang diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).-pr/BNN