Ahmad Mukhriz hadir majlis bersama peladang muda Sabah

0
188
KETUA Penaja Peladang Muda Kebangsaan, Dato Ahmad Mukhriz Dato Ahad Fuad telah menghadiri Majlis Makan Malam Peladang Muda Negeri Sabah di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, semalam. Majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Puan Anita Misuari, Ketua Peladang Muda Negeri Sabah, Encik Omar Shahron Osin, wakil-wakil Peladang Muda seluruh Sabah dan juga ahli-ahli jemaah pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sabah. Menurut Ahmad Mukhriz, Peladang Muda yang dilancarkan pada Ogos 2017 dijangka mampu menarik penglibatan 300,000 golongan sasar bagi bersama menjadikan sektor pertanian suatu kerjaya berpendapatan tinggi menjelang 2020. Katanya, masa ini kira-kira 124,000 orang telah menyertai gerakan itu yang akan turut membantu menjenamakan semula pertanian sebagai kerjaya moden, berteraskan teknologi dan inovasi.-Pix LSK
Ahmad Mukhriz (barisan hadapan, enam dari kiri) bersama Omar (barisan hadapan, lima dari kanan) bergambar bersama wakil-wakil Peladang Muda seluruh Sabah yang menghadiri majlis itu. Pix LSK

KOTA KINABALU: Ketua Penaja Peladang Muda Kebangsaan, Dato Ahmad Mukhriz Dato Ahad Fuad telah menghadiri Majlis Makan Malam Peladang Muda Negeri Sabah di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Puan Anita Misuari, Ketua Peladang Muda Negeri Sabah, Encik Omar Shahron Osin, wakil-wakil Peladang Muda seluruh Sabah dan juga ahli-ahli jemaah pengarah Pertubuhan
Peladang Negeri Sabah.

Menurut Ahmad Mukhriz, Peladang Muda yang dilancarkan pada Ogos 2017 dijangka mampu menarik penglibatan 300,000 golongan sasar bagi bersama menjadikan sektor pertanian suatu kerjaya berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Katanya, masa ini kira-kira  124,000 orang telah menyertai gerakan itu yang akan turut membantu menjenamakan semula pertanian sebagai kerjaya moden, berteraskan teknologi dan inovasi.

Ahmad Mukhriz (dua dari kanan) bersama Omar (empat dari kanan) berbual mesra bersama pemimpin Peladang Muda yang hadir.-Pix LSK