Mohd Nazri dan Ahmad Mukhriz temui pemimpin peladang muda Sabah

0
194

TIMBALAN Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Datuk Mohd.Nazri Abdullah (dua dari kanan) bersama Ketua Penaja Peladang Muda Kebangsaan, Dato Ahmad Mukhriz Dato Ahad Fuad (dua dari kiri) dan Ketua Peladang Muda Negeri Sabah, Encik Omar Shahron Osin (kiri) mengadakan mesyuarat bersama pemimpin peladang muda seluruh Sabah di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, semalam.

Terdahulu, Ahmad Mukhriz menghadiri Majlis Makan Malam Peladang Muda Negeri Sabah yang dihadiri oleh wakil-wakil peladang muda seluruh negeri.

TIMBALAN Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Datuk Mohd.Nazri Abdullah (dua dari kiri) bersama Ketua Penaja Peladang Muda Kebangsaan, Dato Ahmad Mukhriz Dato Ahad Fuad (tiga dari kiri) dan Ketua Peladang Muda Negeri Sabah, Encik Omar Shahron Osin (empat dari kiri) telah mengadakan mesyuarat dan pertemuan bersama wakil-wakil peladang muda seluruh Sabah di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, semalam.

Negeri Sabah merupakan negeri pertama dalam siri jelajah Peladang Muda Kebangsaan.

Penubuhan Peladang Muda telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Sabrey Cheek sempena Majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Kali Ke 42, di Taman Tamaddun Islam  (TTI)  Kuala Terengganu pada Ogos 2017.-Pix LSK/pr/BNN