Yahya sampaikan BKAP1M jeoada SK Kem Lok Kawi

0
127
Yahya menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolah kepada murid SK Kem Lok Kawi sambil diperhatikan oleh Wan Rosdy (kiri) di majlis itu.-Pix LSK
Yahya menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolah kepada murid SK Kem Lok Kawi sambil diperhatikan oleh Wan Rosdy (kiri) di majlis itu.-Pix LSK

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M) kepada murid-murid yang layak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Lok Kawi, hari ini.

Kira-kira 300 murid menerima sumbangan bantuan sebanyak RM100 seorang daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Turut hadir ialah Guru Besar SK Kem Lok Kawi, Encik Wan Rosdy Wan Abdullah, Majer Nik Aziz Nik Mat dan ibu bapa pelajar.

Dalam ucapannya, Yahya mengingatkan ibu bapa agar sentiasa mengutamakan aspek pendidikan anak-anak kerana Kerajaan BN telah menyedia dan memberikan banyak bantuan kepada murid-murid sekolah.

“Pelaburan yang tidak ternilai bagi ibu bapa ialah Pendidikan anak-anak, kerana apa juga jenis bantuan diberikan oleh kerajaan akan menjadi sia-sia jika ibu bapa tidak memberi perhatian utama kepada pendidikan anak-anak”, tegasnya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri itu berkata, Bantuan Awal Persekolahan itu diberikan khusus kepada murid-murid sekolah di kalangan isu rumah berpendapatan bulanan sebanyak RM3000 ke bawah.

Yahya menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolah kepada murid SK Kem Lok Kawi sambil diperhatikan oleh Wan Rosdy (kiri) di majlis itu.-Pix LSK

“Bantuan ini bagi meringankan beban tanggungjawab ibu bapa dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak.   Saya percaya, pemberian bantuan ini besar ertinya kepada mereka yang memerlukan, khususnya dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi semasa.  Dengan bantuan ini bebanan ibu bapa dapat dikurangkan dan proses pembelian keperluan seperti membeli alat tulis, buku-buku dan lain-lain keperluan”, tegasnya.

Yahya juga komited untuk membantu pihak sekolah yang akan mengadakan Kelas Tuisyen bagi membantu meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Terdahulu, Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas merasmikan Gotong Royong Amal di Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Putatan.

Program gotong royong itu adalah anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Tadika JHEAINS/ Masjid Jamek Putatan dan Komuniti 1 Malaysia Kampung Ulu/Ulu Seberang Putatan.-pr/BNN