Karnival Kerjaya Pemuda UMNO April 8

0
231
- Pix LSK
– Pix LSK

KOTA KINABALU: Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah, Yamani Hafez Musa (barisan hadapan, enam dari kiri) bersama Ketua-Ketua Pemuda komponen BN Sabah memegang banner Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah pada sidang akhbar sempena karnival itu di bilik mesyuarat Bangunan UMNO Negeri Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Karnival itu yang akan diadakan pada 8 April 2018 di ITCC Mall Penampang bermula jam 8.00 pagi, adalah dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jobs Malaysia.

Menurut Hafez, sebanyak 3000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada para belia dalam pelbagai bidang oleh syarikat-syarikat terkemuka dan syarikat tempatan sempena karnival itu.

Pemuda BN Sabah pada sidang akhbar sempena karnival itu di bilik mesyuarat Bangunan UMNO Negeri Sabah,-Pix LSK

Katanya, sejak sesi pra-pendaftaran karnival itu dilancarkan pada 19 Mac 2018, pihaknya menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

“Setakat ini hampir 2000 pencari kerja (job seeker) telah berdaftar untuk menyertai karnival itu menerusi laman web rasmi karnival, alamat www.karnivalkerjayapemudabn.com “, tambahnya.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan jumlah yang mendaftar untuk menyertai karnival itu akan terus bertambah, sekaligus mencapai sasaran 3000 pencari pekerjaan (job seeker) sebelum karnival berlangsung.

Antara syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan sempena Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah 2018 ialah Petronas, Kumpulan BTC Berhad, Hyatt Regency Kinabalu, Celcom Timur dan lain-lain.

Turut hadir, Setiausaha Pemuda BN Sabah, Jasnih Daya, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Mohd Bahrin Abd Karim, Penolong Bendahari Puteri UMNO Sabah, Salmie Sarinoh dan pemimpin pemuda parti komponen BN Sabah.-pr/BNN