Yahya lakukan santai tuai rock melon

0
22
Yahya menuai buah rock melon sempena majlis itu.-Pix LSK
Yahya (kiri) bersama Ahmad (dua dari kanan), Idrus (kanan) menunjukkan buah rock melon yang berjaya ditanam di TKPM Putatan.-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah melakukan “Santai Tuai” tanaman Rock Melon Projek Inkubator Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Putatan dekat sini, hari ini.

Jabatan Pertanian telah melaksanakan plot percubaan tanaman rock melon di tapak TKPM melalui kaedah fertigasi dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Projek itu mulai ditanam pada 29 Januari 2018 dan kini pada fasa matang untuk dituai.

Yahya menuai buah rock melon sempena majlis itu.-Pix LSK

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri dalam ucapannya memuji usaha Jabatan Pertanian yang mengadakan projek perintis itu dan berharap ianya dapat dikembangkan untuk diusahakan oleh usahawan tani di kawasan Putatan.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Ahmad Haji Awang Hashim, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Datuk Idrus Shafie dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah, Datuk Haji Ir.Yahiya Ag Kahar.-pr/BNN