Warisan cawangan Taman Delima bantu mangsa kebakaran

0
147
Kelihatan dalam gambar, Collette (empat dari kanan), Mohd Raffee Mohd Shakir (enam dari kiri) dan pemimpin Warisan cawangan Taman Delima bersama Martina (tujuh dari kiri) dan keluarga.
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) Cawangan Taman Delima Penampang telah menyerahkan bantuan berupa makanan dan barang keperluan harian dan wang tunai kepada mangsa kebakaran, Puan Martina Majungal, 43 dari Kampung Kobusak.
Martina seorang ibu tunggal yang berkerja sebagai pembersih (cleaner) di sebuah hotel tinggal sehelai sepinggan dalam kebakaran yang berlaku malam kelmarin.
Ketua cawangan Warisan Taman Delima, Puan Collette Louis Lojuman  telah menyerahkan sumbangan itu kepada Martina dan 3 orang anaknya yang yang masing-masing berumur 17  13 dan 4 tahun, kini menumpang di Balai Raya Kg. Kobusak.
Turut hadir ialah Penasihat cawangan, Mohd Raffee Mohd Shakir (enam dari kiri), Timbalan Ketua Cawangan, En.Stanley Spencer Jimason, Ketua Wirawati Puan Greer Louis Lojuman , Bendahari Cawangan, Encik Ah Wai,Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan,  En.Joannes Kam, Leslie Yong, Saddam dan En. Kenneth Yong.
Menurut Collette, sumbangan itu adalah daripada ahli-ahli cawangan bagi membantu meringankan beban mangsa kebakaran.-pr/BNN