MP Sabah hadir istiadat pembukaan Parliament ke 14

0
54
Zakaria Mohd.Edris ( dua dari kanan) bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir (dua dari kiri) yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di istiadat perasmian Persidangan Parlimen ke 14 di Kuala Lumpur.
AHLI Dewan Rakyat (MP) Libaran, Datuk Haji Zakaria Mohd. Edris (kanan) bersama MP lain dari Sabah menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di bangunan Parlimen,Kuala Lumpur, hari ini.
Bersama Zakaria ialah Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun (Beaufort), (dua dari kanan), Datuk Ronanld Kiandee (Beluran), Datuk Rahim Bakri (Kudat) dan Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) (kiri).
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Parlimen Ke-14.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari bermula hari ini sehingga 11 April, manakala Dewan Negara pada 22 April sehingga 9 Mei selama sembilan hari.

-pr/BNN