Yahya lancar penyerahan tablet pada guru

0
211
Kelihatan dalam gambar, Yahya (bersongkok) menyerahkan tablet kepada guru di majlis itu.-Pix LSK
Kelihatan dalam gambar, Yahya (bersongkok) menyerahkan tablet kepada guru di majlis itu.-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah melancarkan penyerahan tablet kepada guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Penampang di Dewan Sri Malakun, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak, Penampang, hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, penyerahan tablet untuk guru-guru itu merupakan hadiah yang diberikan oleh kerajaan kepada semua warga pendidik di Malaysia.

“Pengisian yang telah disediakan di dalam tablet ini ialah Tutor guru dan E-Paper. Tutor Guru merupakan inovasi yang dibuat oleh Utusan Malaysia bertujuan untuk membantu guru-guru mendidik anak bangsa”, katanya.

Turut hadir ialah Senator Datuk John Ambrose, Datuk Donald Peter Mojuntin, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Encik Mojuntin Ebin.

Kelihatan dalam gambar, Yahya (bersongkok) menyerahkan tablet kepada guru di majlis itu.-pr/BNN