Yahya rasmi MAKep

0
167
Yahya menyampaikan Anugerah Tokoh Pelajar 2017 kepada Hamzah Mohamad Rosli di majlis itu.
Yahya menyampaikan Anugerah Pelajar Harapan 2017 kepada Mohamad Aiman Ikhwan Mustapa sambil diperhatikan oleh ibu-bapanya (dua dari kanan) dan Salmiah (tiga dari kiri).-Pix LSK

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKep) ke-18, 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, di sini, hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri turut menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang di majlis itu.

Para penerima anugerah kecemerlangan pelajar terdiri daripada Mohamad Aiman Ikhwan Mustapa bagi Anugerah Pelajar Harapan 2017, Anugerah Tokoh Pelajar 2017 disandang oleh Hamzah Mohamad Rosli. Anugerah Tokoh NILAM 2017 diterima oleh Siti Nur Syafinaz Abu Bakar.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Unit Menengah (Sektor Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri, Mohd.Idris Puteh dan Pengetua Cemerlang SMK Tansau, Hajah Siti Salmiah Haji Samaie serta ibu bapa pelajar.-pr/BNN