Takziah kepada Ketua Bahagian Libaran

0
Kereta yang terbabit dalam kemalangan itu-pmedia/BNN
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

SEMPORNA: Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah di Libaran, Aris Malayu, meninggal dunia akibat dilanggar kereta pagi tadi.

Beliau, 55 tahun, juga wakil calon Parti Warisan Sabah untuk kerusi DUN Sungai Sibuga.

Kejadian berlaku ketika arwah sedang minum di Restoran Moghul, Sandakan.

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Aris.

Beliau juga menasihatkan penggerak dan penyokong parti supaya terus bekerja dan jangan membuat andaian.

“Polis akan melakukan siasatan dan biarlah mereka menjalankan tugas,” katanya di Semporna selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.-pr/BNN