Bekerjasama untuk kemenangan dalam pilihanraya akan datang-Radin

0
Datuk Radin Malleh
Datuk Radin Malleh
KOTA KINABALU: Ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) khususnya di Bahagian N.35 Melalap di gesa sentiasa bersatu serta bekerjasama untuk memantapkanan kestabilan, kekuatan dan kemenangan parti dalam pilihanraya yang akan datang.
Datuk Seri Panglima Radin Malleh, Calon Barisan Nasional N35 Melalap dalam kenyataan bekata merela harus mengambil iktibar di atas kekalahan PBS di Melalap dan melaksanakan penambahbaikan-penambahbaikan untuk menguatkan lagi parti di peringkat akar umbi.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang berjaya memenangi kawasan masing-masing dalam pilihanraya lepas.
“Saya mengucapkan tahniah kepada calon Warisan yang berjaya memenangi kawasan Melalap pada pilihanraya kali ini serta menghormati pilihan rakyat berbilang kaum di kawasan DUN N.35 Melalap, Tenom.”
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan BN Sabah, Tan Sri Musa Aman dan  Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang memberi peluang kepada saya untuk bertanding dan sentiasa menyokong saya semasa kempen pilihanraya di kawasan DUN N.35 Melalap.”
“Saya menghargai kepercayaan, kerjasama, sokongan serta undi rakyat berbilang kaum, semua ahli PBS, parti-parti komponen BN dan penyokong PBS-BN serta kerjasama dari pihak media dalam pilihanraya lepas,” katanya.
Radin ialah Naib President PBS dan Ketua Bahagian PBS N.35 Melalap.- pr/BNN