KUDAT: Cik Fenny Joseph (tengah) muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Kota Kudat 2018 yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Labuan Sama , Kudat, semalam.
Cik Velleryn Vivienne Hikson ( kiri ) dan cik Zifani Asung (kanan) masing-masing muncul sebagai Naib Johan dan tempat ketiga. Mereka akan mewakili Zon Kota Kudat ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 31 Julai 2018.
Fenny Joseph juga dinobatkan sebagai Miss Popular FB manakala Velleryn Vivienne Hikson muncul sebagai Miss Popular Zon Kudat selepas mendapat undian terbanyak dari pengunjung.
Untuk kategori Mitarab Mindolongoi (Monurizak) Encik Raymond Ajak muncul sebagai Johan. Manakala Golda Lucas dan Cik Flonica Asangki masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Johan, naib johan dan tempat ke 3 akan mewakili Zon Kudat ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.
Encik Chapli Astari, Pegawai Khas kepada Wakil Rakyat Tanjong Kapor, Encik Ben Chong yang juga Pembantu Menteri Perdagangan Dan Perindustrian Sabah mewakili beliau merasmikan majlis tersebut.
Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Kudat , Supt Douglas Taong,Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan P168 Kota Marudu merangkap Ketua Penyelaras Warisan DUN Matunggong Encik Barlus Mangabis,Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah ( SAMORA) En Jose Modsinupu, Pengerusi Sambutan Pesta Magahau Zon Kudat,
Encik Rozan Assam, Setiausaha MGM Induk, Puan Flemie Emie Binsew, Pengerusi MGM Kudat , Puan Zainiah Tapah, Timbalan Penyelaras Warisan Matunggong, En Jominit Kobuhi, Setiausaha Penyelaras Warisan Matunggong,En Jotiol Madjamam dan Ketua Penerangan Warisan Matunggong
En Tony Moniring .
Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).
Selain Zon Kudat , terdapat empat zon lagi yang akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini. Zon-zon tersebut ialah Zon Beluran (20 Julai 2018), Zon Pitas (21 Julai 2018), Zon Kota Kinabalu (21 Julai 2018) dan Zon Lembah Klang / Semenanjung (tarikh belum ditetapkan).
Manakala Zon Matunggong dan Kota Marudu telah mengadakan sambutan Pesta Magahau peringkat zon masing-masing baru-baru ini. -Oleh L.S Kuang/BNN