Pesta Magahau Zon KK dan Pitas Julai 21

0
1029
Sebahagian dari peserta Gimpuhut

KOTA KINABALU: Sambutan Pesta Magahau 2018 Zon Kota Kinabalu dan Zon Pitas akan diadakan pada esok, Sabtu, 21 Julai.

Peringkat Zon Pitas akan diadakan di Dewan Terbuka Pekan Kanibongan, Pitas bermula jam 10 pagi.

Majlis itu akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, Encik Mohammad Mohamarin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi

Pelbagai acara akan diadakan sempena sambutan itu termasuklah Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) (Ratu Cantik Magahau).

Sementara itu, seramai 10 finalis akan merebut gelaran juara dalam MGM Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu 2018 yang akan diadakan pada di Dewan Kg Dato, Tebobon, Menggatal.

Pakar Budaya Rungus & Mantan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Paul Porodong akan merasmikan sambutan Zon Kota Kinabalu.

Pengerusi MGM Induk, Puan Ruhini Andonh berkata, Johan, Naib Johan dan tempat ke 3 akan mewakili zon  Kota Kinabalu ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan pada 31 Julai 2018.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan Pesta Magahau kedua-dua zon tersebut.-Oleh L.S Kuang/BNN