Usahawan perlu menafaatkan pinjaman AIM

0
58
Matbali (barisan hadapan, lima dari kiri) bersama tetamu lain memotong kek sambutan di majlis itu.

BEAUFORT:  Usahawan kecil-kecilan di kawasan luar bandar perlu memanfaatkan pinjaman yang ditawarkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mengembangkang perniagaan mereka.

Matbali (duduk 3 dari kanan) bersama jemputan dan Sahabat AiM yang hadir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Haji Musah berkata. AIM merupakan badan amanah persendirian yang menyediakan banyak jenis pinjaman dan pembiayaan untuk masyarakat luar bandar.

“AIM menjalankan usaha-usaha menarik keluar masyarakat luar bandar daripada masalah kemiskinan yang membelenggu kehidupan mereka.

“Usaha murni seperti ini sewajarnya dipuji dan dihargai oleh kita semua. Peranan AIM bukan sahaja untuk membantu golongan kurang mampu, malah secara tidak langsung dapat membantu menjana ekonomi negara kearah yang lebih baik”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Hari Keluarga Sahabat AIM Gabungan Suasa Lago di Astaka Padang Kampung Suasa, di sini.

Katanya, pinjaman kredit mikro oleh AIM banyak membantu membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan masyarakat di luar bandar.

“Ini sekaligus dapat menbantu mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan isi rumah miskin dan termiskin” , tambahnya.

Matbali berkata,  AIM juga  mensasarkan untuk menyediakan kemudahan kewangan berterusan kepada usahan-usahawan ikhtiar.

Katanya, AIM juga menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan ikhtiar.

Menurutnya,  AIM menyediakan beberapa cara melalui penyediaan produk-produk seperti pembiayaan modal, simpanan wajib serta Tabung Kebajikan.

“Usaha murni sebegini perlu dikekalkan dan diteruskan pada masa-masa yang akan datang kerana usahawan luar bandar amat memerlukan bantuan AIM demi kelangsunggan perniagaan mereka”, katanya.

Matbali juga mengingatkan Sahabat AIM agar dapat melunaskan pinjaman mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Menyentuh Hari Keluarga Sahabat AIM, katanya program itu merupakan usaha murni untuk mengakrabkan hubungan silatul rahim dikalangan Sahabat AIM, keluarga dan masyarakat.

Hadir sama di majlis itu ialah Pegawai Amanah AiM, Puan Azlina Malik (Blok Gadong),  Pegawai AIM, Encik Masrani Ajit (Blok Pimping),  Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sipitang, Encik Jusli Olim, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Sipitang,  Encik Fazil Haji Bilih, Haji Bilih Untol, Puan Saadiah Haji Majih (Pengerusi Penganjur), Sahabat Aim dan keluarga mereka.

AIM cawangan Wawasan Desa Kg. Suasa merupakan cawangan yang pertama diwujudkan d Sabah. Sementara itu Puan Juati Samai dianugerahkan hadiah atas  kehadiran yang terbaik dalam tempoh 21 tahun.-Oleh LSK/BNN