Musa dirawat di IJN

0
24
Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.- pix bn.org.my

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Khamis, telah dimasukkan ke wad IJN bagi pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut.

Peguamnya, Ridha Abdah Subri berkata, Musa telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa SPRM.

Walau bagaimana pun katanya,  semasa proses temubual dijalankan, pihak SPRM telah membuat pemerhatian tahap kesihatan Musa  dan mendapati hanya kurang memuaskan.

Sehubungan dengan itu, Musa telah hadir ke IJN untuk mendapatkan nasihat pakar kardiologi IJN.

“Pemeriksaan perubatan telah dijalankan dan atas nasihat pakar kardiologi, Musa dimasukkan ke wad bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut oleh pakar-pakar kardiologi IJN”, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya, Musa mengulangi bahawa beliau sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan berharap sesi temubual  dapat diteruskan secepat mungkin bagi membantu siasatan pihak SPRM.-pr/BNN