Nuga best Sabah buka cawangan kedua

RASMI…Kevin Jung Woon Baek (lima dari kiri) bersama Frankie (tiga dari kiri), Francis Liew (empat dari kanan) dan jemputan lain memotong riben merasmikan premis Nuga Best Sabah di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu.

0
96

KOTA KINABALU:  Nuga Best (Sabah) Sdn.Bhd yang terlibat dalam perniagaan  penjualan produk kesihatan -alat terapi moden (Thermo Acupressure Therapy) Nuga Best dari Korea,  kini membuka cawangannya yang kedua di pusat membeli belah Wisma Merdeka, Kota Kinabalu.

Nuga Best Sabah yang telah beroperasi lebih 8 tahun di Sabah memiliki cawangan di Inanam Capital, Inanam.

Perasmian cawangan keduanya hari ini telah dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tourmanium Malaysia Sdn.Bhd, Kevin Jung Woon Baek. Turut hadir ialah Pengerusi Nuga Best Sabah, Datuk Frankie Liew dan juga jemputan khas yang lain.

Tourmanium merupakan pengedar tunggal Nuga Best di Malaysia.

Pengarah Urusan Nuga Best Sabah, Encik Francis Liew berkata, cawangan kedua itu selain menjual produk kesihatan terutama alat terapi tulang belakang, ianya juga menawarkan percubaan percuma selama seminggu alat itu.

Katanya, alat terapi moden Nuga Best dari Korea itu terbukti berkesan dalam membantu menyembuh dan memulihkan kesihatan seperti sakit leher dan bahu, sakit lutut, bahu, insomnia, sakit pinggang, strok, masalah kalesterol, glukosa tinggi dan lain-lain.

Beliau berkata, sambutan masyarakat terhadap alat terapi Nuga Best amat menggalakkan terutama setelah pelanggan mencubanya untuk satu tempoh masa.

Francis berkata, produk terbaru keluaran Nuga Best ialah N5 Tourmanium yang memenangi anugerah Malaysia Health & Wellness Brands Awards 2017.-oleh LSK/BNN