Jainab peroleh ijazah Doktor Falsafah (Psikologi) UMS

0
70

KOTA KINABALU: Mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Hajah Dr. Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid (dua dari kiri) berjaya memperolehi Ijazah Falsafah (Psikologi) sempena Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke 20 yang diadakan di UMS, Kota Kinabalu, semalam.

Jainab yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sabah merupakan salah seorang daripada seramai 55 graduan yang penerima PhD yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin.

Kelihatan Jainab bersama para penerima PhD yang lain di Konvokesyen UMS.-Oleh LSK/BNN