Program cuti sekolah Taman Hidupan Liar Lok Kawi

0
91
Taman Hidupan Liar Lok Kawi- Foto STA
KOTA KINABALU: Taman Hidupan Liar Lok Kawi akan menganjurkan Program Cuti Sekolah setiap hujung minggu pada Disember ini untuk mengalakkan lebih ramai pelajar sekolah bersama keluarga untuk berkunjung ke tempat tersebut.
Program tersebut dijadualkan bermula dari 8 dan 9 Disember, 15 dan 16 Disember, 22 dan 23 Disember dan  29 Disember dan akan membawa pelbagai aktiviti yang berunsurkan pendidikan, pemuliharaan dan juga kesedaran mengenai hidupan liar yang mampu membantu para pelajar sekolah untuk memahami hidupan liar terutamanya di Sabah secara lebih mendalam.
Khas untuk program cuti sekolah, pengunjung tempatan terutama murid sekolah yang berumur dari 3 hingga 17 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran masuk bagi tempoh-tempoh yang dinyatakan.
Untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas, bayaran dikenakan adalah sebanyak RM10 bagi pengunjung tempatan manakala pelancong asing sebanyak RM20. Warga emas tidak dikenakan sebarang bayaran.
Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar, Augustine Tuuga, Taman Hidupan Liar Lok Kawi merupakan sebuah tempat untuk pendidikan dan kesedaran bagi pelajar sekolah untuk memahami hidupan liar secara lebih mendalam kerana mereka boleh melihat hidupan liar tersebut secara mata kasar berbanding dengan apa yang dipelajari di sekolah melalui buku teks.
“Saya ingin menjemput ibu bapa untuk membawa anak anak mereka pada setiap minggu bulan ini ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi agar mereka dapat didedahkan kepada hidupan hidupan liar yang mana boleh membantu mereka dalam aspek pendidikan di sekolah, namun demikian saya ingin menasihatkan agar tidak membuat bising kerana ianya akan menganggu hidupan liar terutamanya yang sensitif kepada bunyi bising,” katanya.
Program tersebut disusun khas untuk memenuhi citarasa keluarga yangmana terdapat pelbagai aktiviti yang telah disusun khas contohnya tayangan video berunsurkan hidupan liar, Popout booth seperti Face Painting, Hydrostone Painting, Henna, Kraftangan, photo booth, food truck dan pelbagai lagi.
 Jadual untuk ‘feeding session’ juga disusun untuk membolehkan pelawat untuk mengatur perjalanan mereka di taman tersebut:
10.00 pagi – Gajah Pygmy
10.15 pagi- Borneon Sun Bear
10.30 pagi – Malayan Tiger
2.00 petang- Orang Utan
2.15 petang – Gibbon and Otter
2.30 petang- Probocis Monkey
Persembahan di Amphitheater:
11.15 pagi dan  3.15 petang
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai dengan program ini, sila berhubung dengan Taman Hidupan Liar Lok Kawi di talian 088765793.-pr/BNN