Mangsa kebakaran Kg Pasir Putih terima sumbangan

0
286
SERAH SUMBANGAN….Ketua Masyarakat Cina  Taman Jumbo Putatan, Kapitan David Lo Vui Nyen (empat dari kiri) hari ini mewakili 3 buah syarikat di Putatan menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih yang kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Putatan, hari ini.
Syarikat-syarikat itu ialah Milik Baru Sdn.Bhd, Syarikat Kotobu Sdn.Bhd (Shell Putatan) dan lmbasjaya Sdn.Bhd. Sumbangan makanan dan minuman itu bernilai lebih RM4000.
Hadir menyaksikan penyerahan sumbangan itu ialah Penolong Pegawai Daerah Putatan, Haji Zainuddin Awang (bertie) kepada Pegawai Kebajikan Putatan, Puan Sairah Tapa mewakili mangsa.
Menurut Kapitan David Lo, sumbangan itu bagi membantu mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran.
“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, kita berharap dapat membantu mereka yang memerlukan”, katanya.-Oleh LSK/BNN