MCCC Sabah, Dongshun dan Nuga Best raikan penghuni Sri Pritchard, Cheshire Home

0
331
Frankie Liew (barisan kedua, sembilan dari kiri) dan rombongan bergambar bersama para penghuni Sabah Cheshire Home.- Gambar Liaw Sin Kuang

KOTA KINABALU: Menjelang perayan Tahun Baru Cina, golongan warga emas di Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut tidak dilupakan oleh mereka yang prihatin khususnya syarikat-syarikat swasta dan juga individu.

Frankie (kanan) diiringi Lucina (dua dari kiri) menyampaikan wang paw kepada Kabun Kansiaw yang berumur 100 tahun di Rumah Warga Tua Sri Pritchard.- Gambar Liaw Sin Kuang

Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah (Malaysia-China Chamber of Commerce (Sabah Branch), Datuk Frankie Liew telah mengetuai jawatankuasanya, usahawan muda MCCC bersama kakitangan daripada  2 buah syarikatnya iaitu Dongshun Group  Sdn.Bhd dan Nuga Best (Sabah) Sdn.Bhd mengunjungi 88 penghuni rumah amal itu untuk menyampaikan sumbangan berupa bahan makanan dan “Ang Pow”.

Frankie Liew merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (Chief Executive Director) Dongshun Group dan Pengerusi Eksekutif Nuga Best.

Berucap di majlis penyerahan sumbangan itu, Frankie berkata lawatan amal itu diadakan setiap tahun menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Frankie (tiga dari kiri) bersama Lucina menyampaikan bakul makanan dan angpow kepada seorang penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard.-Gambar Liaw Sin Kuang

“Program amal ini telah diadakan sejak berpuluh tahun yang lalu dan ia akan diteruskan.

“Ini merupakan aktiviti tahunan bagi mendedahkan ahli MCCC Cawangan Sabah dan kakitangan syarikat dengan program amal bagi menimbulkan kesedaran untuk mengingati golongan warga emas dan golongan kelainan upaya (OKU) yang memerlukan perhatian masyarakat”, katanya.

“Kunjungan ini amat penting dan bermakna bagi memberi kesedaran kepada kita terutama masyarakat  agar jangan lupa golongan yang memerlukan perhatian terutama menjelang Tahun Baru Cina”, tegasnya.

Menurutnya, dengan lawatan amal itu diharap dapat membawa sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada warga emas dan golongan kurang bernasib baik di institusi itu.

Frankie Liew berkata, syarikat-syarikat swasta dan masyarakat yang mampu perlu tampil membantu golongan kurang bernasib baik yang memerlukan perhatian dan pembelaan.

“Sumbangan dan program-program amal yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat dan juga individu dapat membantu meringankan sedikit beban Kerajaan dalam mengurus soal kebajikan sosial”, tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Penguasa Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Puan Lucina Loijim.

Sementara itu, Frankie Liew dan rombongan turun menyampaikan sumbangan berupakan barang keperluan harian, makanan dan angpow kepada penghuni Rumah Amal Cheshire (Sabah Cheshire  Home) di Likas.-Oleh LSK/BNN