Selesaikan masaalah jalan berlubang-Ghazalie

0
173
Ghazalie Ansing, Naib Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: UMNO Sabah mendesak kerajaan warisan untuk selesaikan segera masalah jalan berlubang yang kian meruncing di negeri ini.

UMNO Sabah mendapati kerajaan Sabah pimpinan parti Warisan kurang menitik beratkan dalam isu penyelenggaraan jalan-jalan di seluruh Sabah, kata Ghazalie Ansing
Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah.

Setiap hari punca kemalangan kenderaan yang berlaku adalah kerana mengelak lubang di jalan raya. Sebagai contoh, semalam berlaku kemalangan di jalan Telupid- Sandakan yang mana salah sorang pemandu terpaksa melencongkan sedikit kenderaannya untuk mengelak lubang, katanya.

“Walaubagaimana pun malang tidak berbau, pemandu tersebut telah melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.”

“Baru-baru ini Datuk Peter Anthony telah berjanji untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang di jalan Telupid- Sandakan sebelum tahun baru cina. UMNO Sabah mendesak agar Menteri berkenaan menunaikan janji beliau memandangkan keadaan jalan tersebut semakin kritikal yang mana kenderaan melebihi muatan menggunakan jalan tersebut dan tiada pemantauan dan penguatkuasaan di buat,” kata Ghazalie yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah.-pr/BNN