PPK Sri Klana Lenggeng dan PPN N.Sembilan mahu NAFAS teruskan pembelian saham PPB dan pembahagian keuntungan 2018

0
1021
Pengerusinya PPK Sri Klana Lenggeng, Encik Mustafa bin Salim

LENGGENG (NEGERI SEMBILAN): Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Klana Lenggang dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Negeri Sembilan hari ini meminta Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) meneruskan pembelian saham syarikat  Permodalan Peladang Berhad (PPB).

Pengerusinya PPK Sri Klana Lenggeng, Encik Mustafa bin Salim berkata, PPB merupakan sebuah anak syarikat NAFAS dengan PPK Sri Klana Lenggeng merupakan salah satu pemegang saham terbesar dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.6 juta.

Katanya, pelaburan PPK telah merosot nilai semenjak tahun 2008.

Menurutnya, atas desakan pemegang saham dalam PPB termasuk PPK Sri Klana Lenggeng , Ahli Lembaga Pengarah NAFAS telah bersetuju untuk membeli semula semua saham PPB daripada pelaburan PPK seluruh negara secara berperingkat mulai tahun 2016 pada kadar 5 peratus setahun.

“PPK Sri Klana Lenggeng telah menerima pembayaran ini dua tahun berturut-turut.

“Langkah yang diusahakan oleh pihak Ahli Lembaga Pengarah  NAFAS semasa itu telah memulihkan semula keyakinan ahli-ahli peladang terutamanya mereka yang secara langsung mengetahui operasi PPB sejak sekian lama”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mustafa yang juga Ahli Jemaah Pengarah PPN Negeri Sembilan berkata, pihaknya difahamkan bahawa NAFAS tidak lagi membeli balik saham-saham PPB bagi tahun 2018.

“Dan ini sangat membimbangkan PPK yang terlibat kerana ia akan menjejaskan keuntungan PPK , termasuk PPK Sri Klana Lenggeng kerana hasil pembelian saham PPB oleh NAFAS akan dimasukkan dalam keuntungan perniagaan PPK bagi tahun semasa”, jelasnya.

Menurutnya, dalam mesyuarat Syarikat PPB yang telah diadakan 19 Disember 2018 di Hotel Everly , Putra Jaya tiada satu keputusan atau resolusi dibuat berkaitan dengan pergerakan perniagaan dalam PBB.

“Ini ada kaitan dengan penggantungan Perlembagaan NAFAS sejak 1 Jun 2018.

” Pihak Ketua Pentadbir NAFAS yang dilantik dan yang bertanggung jawab kepada Syarikat PPB perlu menjelaskan perkara ini kepada semua pemegang saham secepat mungkin bagi memulihkan semula keyakinan pelabur khususnya PPK kepada NAFAS”, katanya.

“Justeru,  mereka perlu memastikan NAFAS membeli balik saham PPB bagi memastikan PPK Sri Klana Lenggeng mendapat bayaran dan juga keuntungan bagi tahun kewangan 2018”, tambahnya.

“Kami yakin sekiranya Ketua Pentadbir dan KP LPP mampu meneruskan perancangan yang telah dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah terdahulu, keyakinan ahli PPK kepada NAFAS akan berterusan pada masa akan datang”, katanya.

Selain PPB,  PPK Sri Klana Lenggeng turut melabur  RM 1 juta dalam Dana Peladang Kebangsaan (DPK).

Mustafa berkata, sekiranya tiada penyelesaian konkrit dibuat terhadap saham PPB,  kemungkinan besar PPK Sri Klana Lenggeng akan mengeluarkan sahamnya dalam DPK demi menjaga keyakinan ahli PPK.

Mengikut Seksyen 24A(2) Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973, mana-mana pihak yang mendatangkan kerugian kepada NAFAS, akibat penggantungan itu, maka Ketua Pengarah LPP, Ketua Tadbir NAFAS dan Pegawai-pegawai LPP yang ditempatkan di NAFAS boleh dikenakan ‘surcharge’  dibawah seksyen tersebut.

Sementara itu Pengerusi PPN Sabah, Dato Mohd.Nazri Abdullah ketika dihubungi berkata,

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Haji Hamzah Bahari dan Azurita Salim masing-masing merupakan Pengurus Operasi dan Pengurus Kewangan PPB pada 1995.

Hamzah kemudiannya dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar sehingga tahun 2005. Manakala Azurita dipindah ke LPP pada tahun 2004.

Umum mengetahui bahawa semasa Hamzah dan Azurita menerajui PPB, syarikat itu mengalami kerugian yang besar.

“Kini, kedua-dua mereka merupakan individu yang sangat berkuasa di LPP. Hamzah sebagai Ketua Pengarah dan Azurita sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Justeru mereka pasti dapat membantu PPK Sri Klana Renggeng dan memulihkan PPB”, tegasnya.-pr/BNN