Pemotongan subsidi kepada petani Hamzah, Azulita harus dipersalah

0
2896
Statistik peruntukkan subsidi petani dan nelayan
PITAS : Pemotongan subsidi petani oleh kerajaan adalah hasil cadangan daripada Ketua Pengarah (KP) dan Timbalan KP Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
Datuk Ng Loi Tect
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas, Datuk Ng Loi Tect berkata, KP LPP, Haji Hamzah Bahari dan TKP, Puan Azulita Salim telah mencadangkan pengurangan subsidi itu kepada Majlis Penasihat Kerajaan pada 2018.
Katanya, cadangan pengurangan subsidi itu diterima oleh kerajaan menyebabkan pengurangan peruntukan yang begitu besar untuk tujuan itu
“Peruntukan untuk subsidi baja padi pada tahun 2018 dianggarkan sebanyak RM 465 juta. Sementara untuk 2019 hanya sebanyak RM232.5 juta.
“Bagi Insentif Pengeluaran Padi pula sebanyak RM563 juta diperuntukkan untuk 2018, merosot kepada RM281.5 juta pada tahun ini”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, peruntukan untuk kedua-dua jenis subsidi itu untuk tahun 2019 telah dipotong separuh berbanding  tahun 2018.
Hamzah bercakap kepada pemberita selepas menemui Majlis Penasihat Kerajaan
“Para petani dan pesawah perlu beterima kasih kepada Hamzah dan Azulita diatas sumbangan mereka sehingga menyebabkan kehidupan para petani kini terhimpit.
“Justeru pemotongan subsidi ini bukan salah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub”, tegasnya.
Ng berkata, pemotongan subsidi petani itu memang bukan cadangan daripada Salahuddin.
“Semua ini adah cadangan daripada Hamzah dan Azulita.
“Sementara Kementerian Kewangan hanya mengikut sahaja cadangan pemotongan daripada KP dan TKP LPP”, katanya.
Kelmarin, Salahuddin menitiskan air mata ketika membaca surat yang diserahkan seorang petani pada majlis pelancaran hala tuju kementeriannya.
Ng berkata, Salahuddin merupakan Menteri Pertanian yang prihatin terhadap kesusahan golongan petani di negara ini.-pr/BNN