Srikandi BERSATU akan pastikan calon Warisan menang

0
237

MEMBAKUT: Ketua Srikandi (BERSATU) Malaysia, Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun (lima dari kiri), Ketua Srikandi (BERSATU) Sabah, Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd.Dun (lima dari kanan), Ketua BERSATU Bahagian Kimanis, Datuk Haji Mohd

Arifin Mohd.Arif (empat dari kiri) bersama pemimpin dan jentera Srikandi BERSATU Sabah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada majlis perjumpaan di Pejabat BERSATU Bahagian Kimanis di Pekan Membakut, hari ini.

Jentera Srikandi BERSATU yang telah berkampung di Parlimen Kimanis berkerja keras dan berkempen bagi memastikan kemenangan calon Parti Warisan Sabah, Datuk Karim Bujang dalam PRK Kimanis.

Terdahulu Rina yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar diberi taklimat oleh Azizah berhubung gerak kerja, program dan aktiviti kempen yang telah dijalankan oleh Srikandi di Pusat-Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Rina kemudiannya mengadakan lawatan rumah ke rumah di PDM Membakut.-pr/BNN