Kepimpinan NAFAS dinasihat agar ubah tarikh MAT 2018

0
600
Datuk Jaimin Samitah
KOTA KINABALU: Kepimpinanan dan pengurusan baharu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dinasihatkan agar mengeluarkan notis baharu bagi memanggil Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ke 45, Tahun 2018.
Ini kerana notis yang dikeluarkan pada 19 Februari 2019 bagi memanggil MAT ke 45 pada 19 Mac 2019 itu  tidak cukup tempoh 1 bulan seperti yang dikehendaki dalam akta dan perlembagan NAFAS.
Semasa membuat gesaan itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu, Datuk Jaimin Samitah berkata, memberi notis selama sebulan perlu dipatuhi oleh NAFAS dan Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP) yang juga Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
“Kami difahamkan bahawa pihak pendaftar (LPP) telah menghantar surat kepada kepimpinan dan pengurusan NAFAS yang memaklumkan bahawa MAT ke 45, Tahun 2018 tidak dapat diadakan pada 19 Mac 2019 kerana notis yang dikeluarkan tidak cukup tempoh sebulan”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 19 Februari 2019, Pengerusi NAFAS,  Dato Haji Phahrolrazi Mohd Zawawi telah mengeluarkan notis memanggil mesyuarat agung itu pada 19 Mac 2019 setelah mendapat kelulusan daripada pendaftar.
Bagaimanapun disebabkan notis yang diberikan tidak cukup satu bulan seperti amalan biasa, maka Pengerusi  Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Dato Mohd Nazri Abdullah telah menegur perkara itu.
Beliau mendakwa KP LPP, Haji Hamzah Bahari  cuba mensabotaj MAT NAFAS ke 45, Tahun 2018. Ini kerana tarikh MAT NAFAS telah dipilih,  ditetap dan diluluskan oleh Hamzah selaku Pendaftar PP.
Katanya,  jika dihitung jumlah hari dari tarikh notis MAT pada 19 Februari 2019 sehingga 19 Mac 2019 ialah sebanyak 29 hari.
Dan jika ianya dikira daripada 20 Februari 2019 iaitu hari berikutannya selepas tarikh notis dikeluarkan bererti jumlah hari ialah hanya 28 hari. Ini kerana bulan Februari hanya mempunyai 28 hari.Jika di cantum 28 hari bulan Februari dan 31 hari bulan mac jadi 59 hari dan di pecah dua februari dan Mac baru 29 hari setengah. Di kira bulan februari ke bulan mac pun kurang setengah. Oleh itu pengurusan NAFAS ke berhati hati dalam perkara ini.
Sebagai orang lama dalam PP, Jaimin menasihatkan pengurusan dan kepimpinan baharu NAFAS agar memilih tarikh yang baru untuk MAT ke 45 dan memastikan notis dikeluarkan kepada perwakilan cukup tempoh selama 30 hari. (Satu bulan)
Katanya, sekiranya pengurusan NAFAS berkeras mahu meneruskan MAT itu, kita bimbang akan timbul banyak perkara berbangkit termasuk pertikaian oleh ahli-ahli peladang dan perwakilan selaku pemegang saham NAFAS sehingga menjejaskan nama baik NAFAS.
“Lebih elok pengurusan tertinggi NAFAS buat dengan betul mengenai Notis MAT kerana kita tidak mahu pisang berbuah 2 kali seperti panggilan MAT ke 45 pada bulan Disember 2018 yang tidak dapat diadakan setelah dihadiri oleh para perwakilan daripada seluruh negara kerana tiada punca kuasa.
“Sekiranya kesilapan sedemikian berulang, maka NAFAS, PPN dan ahli-ahli peladang seluruh negara yang akan menanggung kerugian yang tidak wajar”, tegasnya.
Katanya, setelah notis baharu MAT telah dikeluarkan, beliau mencadangkan kepada kepimpinan tertinggi khususnya Pengerusi NAFAS agar dapat turun ke negeri-negeri untuk bertemu mesra dengan Pengerusi-Pengerusi PPN dan perwakilan selaku pemegang saham NAFAS.
Menurutnya, pengurusan tertinggi NAFAS perlu memberikan taklimat dan mendapatkan persetujuan mengenai Bajet NAFAS 2019 yang akan dibentangkan untuk kelulusan dalam MAT ke 45, tahun 2018.
Katanya, ini penting kerana hanya MAT sahaja yang boleh meluluskan Bajet NAFAS.
Jaimin berkata, apa yang berlaku kepada NAFAS sekarang setelah perlembagaanya digantung oleh Hamzah pada Jun 2018, NAFAS dari Januari hingga Mac 2019 ini telah berbelanja tanpa kelulusan daripada MAT 2018.
“Ini berlaku kerana Hamzah tidak melepaskan penggantungan perlembagaan NAFAS pada bulan Disember 2018 bagi membolehkan MAT 2018 dapat diadakan untuk meluluskan bajet dan perbelanjaan untuk tahun 2019.
“Penggantungan itu dibuat kononnya kerana terdapat permasalahan yang serius dalam urus-tadbir NAFAS, yang masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini.-pr/BNN