Krisis bekalan air di tawau dijangka berlarutan-Ghazalie

0
52
Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tawau, Ghazalie Ansing.

KOTA KINABALU: Krisis bekalan air di Tawau dijangka berlarutan untuk suatu tempoh yang sangat lama dalam  tahun 2019 ini, kata Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tawau, Encik Ghazalie Ansing.

Katanya, krisis itu telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat tempatan terutamanya penduduk tempatan dan peniaga-peniaga di sekitar kawasan tersebut.

“Oleh itu, saya mendesak kerajaan untuk mengambil inisiatif dan tindakan segera bagi menyelesaikan krisis air di Tawau.

“Para  Wakil Rakyat yang telah di pilih dan telah melompat, jalankan kerja dan tugas anda, jangan sibuk berpesta di sini sana”, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ghazalie, Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan pelan pembangunan infrastruktur bagi membina empangan dan loji rawatan air pada tahun 2017-2018, di mana kapasiti air dapat ditingkatkan bagi dibekalkan kepada penduduk-penduduk tempatan khususnya di kawasan yang sering mengalami krisis bekalan air.

“Oleh itu, saya mohon agar kedua-dua projek tersebut dipercepatkan bagi menyelesaikan kemelut air tersebut.

“Kita  memahami bahawa proses pembinaan fasiliti tersebut memerlukan masa 4 hingga 5 tahun untuk disempurnakan di seluruh Sabah”, tegasnya.

Walau bagaimana pun, beliau mendesak agar kerajaan memberikan  keutamaan (priority) kepada kawasan-kawasan yang sering mengalami krisis bekalan air terutamanya di Tawau.

Katanya, krisis bekalan air di Tawau semakin teruk, sejak akhir-akhir ini dan dijangka aka  mengambil masa yang sangat lama untuk diselesaikan.

“Maka, saya berharap agar kerajaan mempercepatkan pembinaan empangan dan loji rawatan air khususnya di tempat-tempat yang sering mengalami krisis air terutamanya di Tawau”, tegasnya.-pr/BNN