Kerajaan PH cuba calar imej UMNO Sabah, Bung Moktar

0
203
Ghazalie Ansiung

KOTA KINABALU: Pengarah Komunikasi dan Strategi UMNO Sabah, Encik Ghazalie Ansing berkata, umum mengetahui Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini amat rapuh dan semakin kehilangan sokongan dari rakyat.

Katanya, tindakan Kerajaan PH yang cuba mencalar imej Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dengan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai senjata, amat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, rakyat Sabah telah mula menyokong semula perjuangan UMNO Sabah, di dalam agenda perjuangan anak negeri dan hak-hak negeri Sabah.

” Kini pihak PH sedar bahawa kehadiran UMNO di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan dalam menyokong calon PBS membawa kesan yang besar dan mampu menumbangkan calon PH di dalam PRK itu.

“Justeru, apa maksud Kerajaan PH menggunakan kes yg telah lama ditutup, dan tidak mempunyai sebarang asas dibuka semula, untuk pendakwaan kepada YB DS Bung Moktar? “, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad dijangka akan dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini atas pelbagai tuduhan rasuah dan bersubahat.

Ghazalie mendakwa, Kerajaan PH telah mengambil tindakan hina dengan cuba mencalar imej UMNO Sabah khasnya Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Sehubungan itu beliau menyeru 500,000 ahli UMNO Sabah untuk memberikan sokongan penuh dan bersolidariti bersama Bung.

“Patah sayap bertongkatkan paruh, namun tidak akan sekali lompat meninggalkan perjuangan UMNO demi agama bangsa dan tanah air”, tegasnya.-pr/BNN