DAP akan menerima lebih banyak kecaman-Paul

0
520

TENOM: Cadangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mungkin akan menerima lebih banyak kecaman daripada penyokong KDM dalam DAP Sabah sekiranya parti itu tidak berganjak untuk meneruskan penamaan Bendaharinya diSabah, Loh Ee Eng anak jati kelahiran Pulau Pinang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik Sabah.

Naib Presiden Angkatan Perpaduan Sabah (APS) Paul Kadau ( gambar)
sepatutnya DAP mencalonkan pemimpin berketurunan KDM yang berasal atau yang lahir diSabah, seperti bekas calon DAP bagi DUN Bingkor pada pilihanraya umum ke-14 (PRU-14) Peter Saili, katanya.

Bekas calon DAP di kawasan Bingkor itu yang juga Naib Pengerusi DAP
Sabah, bukan sahaja disifatkan lebih berkelayakan, malah faham
mengenai pentadbiran adat istiadat anak negeri Sabah, yang boleh
bersuara untuk mempertahankan hak keistimewaan serta kepentingan
negeri Sabah dan orang asal selaras dengan semangat kewujudan
Malaysia, kata Paul.

Paul berkata, langkah DAP menyeberangi sempadan wilayah dengan menamakan Bendaharinya diSabah, adalah dianggap sebagai satu tindakan berani tanpa mengira sensitiviti rakyat asal dan langsung tidak menghormati roh dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Loh Ee Eng bersama ibubapanya serta seorang adik lelakinya telah masuk
ke Sabah pada awal tahun 90’an untuk bekerja dan berniaga, tetapi
tidak semestinya Loh layak diberi tanggung jawab (diangkat) bercakap
selaku bagi pihak untuk membela hak asasi rakyat Sabah, jelas Paul.

“ Walaupun ada alasan lain bahawa Loh pernah beri pingat Ahli Darjah
Kinabalu (ADK) pada tahun 1999 sebagai perakuan dia telah memberi
sumbangan dan perkhidmatan yang baik terhadap negeri ini, sebab itu
Loh layak diberi jawatan itu.

“ Namun dalam konteks yang sama, ramai rakyat Sabah juga telah
mendapat pingat dinegeri negeri diSemenanjong tetapi mereka tidak
pernah diberi peluang bertanding Adun dimana mana negeri
diSemenanjong,” katanya ketika mengulas cadangan penamaan Bendahari DAP Sabah sebagai Adun Dilantik di DUN Sabah dibawah kuota DAP pada baru baru ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden NGO Pertubuhan Mamagun (Mamagun)
Sabah Dzulkifli Sinting (pic) berkata, DAP jelas menujukkan tidak
menghormati KDM dalam parti itu malah disifatkan sebagai hanya di
peralatkan apabila menjelang PRU diadakan.

“ Sudah ada kesempatan untuk melantik pemimpin KDM mewakali kawasan Pendalaman Keningau sebagai Adun lantikan bagi kuota DAP tapi nampaknya DAP mencalonkan orang luar untuk jadi ADUN di Sabah.

“ Sebaliknya, DAP hendaklah mengambil kira bahawa Sabah bukan seperti negeri negeri di Malaya. Sabah, Sarawak dan Malaya adalah rakan kongsi setaraf yang mempunyai kedudukan, hak dan keistimewaan tersendiri  sepertidipersetjui dalam Perjanjian Malaysia 1963. Sabah tidak sama taraf dengan Pulau Pinang, Kedah atau Melaka,” katanya.

Tindakan DAP itu juga dilihat sebagai membelakangkan orang asal dan
membuka jalan kepada lain lain parti khasnya dalam PH untuk membawa
masuk ahli ahli parti dari Semananjung untuk dipilih atau dilantik ke
DUN Sabah dimasa akan datang. -pr/BNN