Hajiji hadir rumah terbuka aidilfitri Azizah Dun dan Lajim Ukin

0
977
Hajiji (tiga dari kiri) menyerahkan kad keahlian BERSATU sambil diperhatikan oleh Isnin (dua dari kiri), Lajim (dua dari kanan) di majlis itu.

BEAUFORT: Ketua Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka  Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd.Dun di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort, hari ini.

Azizah juga merupakan Ketua Srikandi BERSATU Sabah.

Turut Hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Isnin Haji Alisnih yang juga Ketua Penaja BERSATU Bahagian Beaufort, ADUN Lumadan, Encik Matbali Musah yang juga Ketua Penaja BERSATU Bahagian Sipitang, Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Yang diPertua USIA, Datuk Haji Sairin Karno, pemimpin BERSATU,Srikandi, Armada, pemimpin masyarakat serta rakyat jelata.

Hajiji turut menyampaikan sumbangan berupa duit raya kepada 20 orang anak yatim di majlis itu.

Sementara itu, Hajiji bersama Wakil-Wakil Rakyat dan pemimpin BERSATU turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Lajim di Kampung Kaundo Kebatu, Beaufort.

Berucap di majlis itu, Hajiji berkata majlis rumah terbuka Aidilfitri merupakan amalan yang telah menjadi tradisi rakyat untuk mengeratkan lagi hubungan silarulrahim, kerjasama dan satu padu antara satu sama yang lain.

Mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri itu turut menyerahkan kad keahlian BERSATU kepada ahli-ahli yang berjaya di majlis itu.-pr/BNN