Pemimpin BERSATU Sabah hadir EGM BERSATU

0
299
Hajiji (tiga dari kiri) bersama Masidi (tiga dari kanan) dan pemerhati dari BERSATU Sabah.

SELANGOR: Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah diketuai oleh Ketua Pimpinan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajjji Haji Noor telah menghadiri Perhimpunan Agung Khas BERSATU di dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia  (Malaysia Agro Exposition Park)(MAEPS), Serdang, kelmarin.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sulaman merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) BERSATU.

Perhimpunan Agung Khas ini diadakan untuk pindaan perlembagaan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pimpinan BERSATU  Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha BERSATU Sabah, Datuk Ronald Kiandee, Bendahari BERSATU Sabah, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif,  Timbalan Ketua Srikandi Sabah, Datuk Hajah Amisah Yassin, Ketua Armada Bersatu Sabah, Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit dan Ketua-Ketua Penaja Bahagian BERSATU Sabah dan Labuan.-pr/BNN