15 ketua keluarga mangsa ribut menerima sumbangan

0
627
Sumbangan......Hazulizah dan UMNO bahagian Batu Sapi serta sayap-sayap pergerakan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kampung Desa Permai, Sandakan semalam.

SANDAKAN:Kira-kira 15 ketua isi keluarga mangsa angin ribut di Kampung Desa Permai, Batu SapI, Sandakan menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas, wang tunai dan zink yang terlibat dalam bencana alam baru-baru ini

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Hazulizah Md Dani bersama-sama dengan pemangku Ketua UMNO bahagian Batu Sapi Zantapha Zainal berserta dengan Pergerakan Wanita UMNO dan Pemuda UMNO Batu Sapi.

Sumbangan tersebut adalah daripada Puteri UMNO Sabah, Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Batu Sapi serta Pemangku Ketua UMNO bahagian sendiri.

Sementara itu, Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Hazulizah Md Dani sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mangsa yang terlibat dan berharap pihak lain turut tampil menghulurkan bantuan.

“Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban mangsa angin ribut dan berharap pihak berwajib membantu mereka membaiki rumah,” katanya.

Hazulizah yang juga Ketua Puteri UMNO Batu, menggesa kerajaan negeri supaya mencari jalan penyelesaian mengenai keluarga mangsa kebakaran Kampung Gas, Sandakan ditempatkan kawasan perumahan yang selesa.

Jelas beliau, pada masa ini mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat ditempatkan di rumah kontena oleh kerajaan dan keadaan ini tidak selesa bagi keluarga yang mempunyai ramai keluarga.

Beliau juga meminta pihak kerajaan  supaya mangsa bencana alam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi dipercepatkan penyelenggaraannya.

“Kebanyakkan penghuni PPR Taman Batu Sapi masih membayar sewa rumah yang terjejas akibat sebahagian bumbung diterbangkan angin kencang dalam kejadian itu. Pihak berkuasa perlu menyegerakan pembaikan kerana keadaan ini membebankan kami,” katanya.-pr/BNN