Ismail Sabri rasmi mesyuarat perwakilan UMNO Sepanggar 2019

0
605

KOTA KINABALU: Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar 2019 di Grand Ballroom Klagan Hotel 1 Borneo, Kota Kinabalu, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Haji Yakub Khan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk Hasnol Ayub, Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Dr Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar.

Ismail Sabri turut melancarkan Tabung Kebajikan UMNO Bahagian Sepanggar di majlis itu.

Kelihatan dalam gambar, Ismail Sabri (tiga dari kanan) ketika merasmikan Tabung Kebajikan UMNO Bahagian Sepanggar sambil diperhatikan oleh Yakub (empat dari kanan), Jainab (kanan) di majlis itu.-pr/BNN